Chat

My Blog List

Monday, 20 January 2014

Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung

Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung

  1. Penjagaan kuku tangan kaki – Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda. Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.
  2. Jalani rawatan muka – Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.
  3. Mewarna rambut – Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.
  4. Kasut bertumit – Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.
  5. Ubat nyamuk – Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.
  6. Derma darah – Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.
  7. Bawa barang – Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.
  8. Durian – Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran. Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung Tips Kehamilan   Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung
  9. Kapal terbang – Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.
  10. Gincu bibir – Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.
  11. Krim pemutih – Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.
  12. Ubat jerawat – Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.
Makanan yang harus dielak sewaktu hamil
Makanan mentah dan separuh masak, misalnya kafein, sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan, alkohol dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis ketika mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar.

Wednesday, 30 October 2013

Skrub Badan Buatan sendiri dari Bahan Semulajadi


 Skrub garam dan gula merupakan salah satu rawatan yang paling mudah untuk dilakukan di rumah. Bukan sahaja melumurkan gula atau minyak ke seluruh badan anda menyenangkan, namun faktor pengelupasan juga akan menjadikan kulit lebih segar, bertenaga dan lembut seperti kulit bayi.

Skrub mandian di pasaran kebanyakannya mahal namun jangan risau kerana anda juga boleh membuat skrub garam dan gula mandian anda sendiri. Hanya gunakan beberapa bahan semula jadi dan tidak perlu bahan kimia yang berbahaya untuk dapatkan kulit yang berseri dan halus. Berikut adalah beberapa cadangan untuk skrub mandian yang sangat mudah disediakan di rumah:

Skrub mandian pisang + gula 
Apabila pisang berwarna keperangan, gunakannya untuk membuat skrub. Ini tidak memerlukan minyak dan hanya bergantung kepada kelebihan pisang dan gula kasar.

• 1 pisang masak
• 3 sudu besar gula pasir
• ¼ sudu teh ekstrak vanila tulen atau minyak pati kegemaran anda (terpulang)

Gaulkan kesemua bahan sekali dengan menggunakan garfu sehingga menjadi ketulan kecil. Jangan terlebih kacau atau ia akan menjadi terlalu lumat dan nipis. Jika anda mahukan skrub pisang untuk muka anda, simpan beberapa pisang dan campurkan secara berasingan tanpa gula. Semasa mandi, sapukan campuran gula dan pisang tadi dan perlahan-lahan urut ke seluruh badan anda. Manakala, untuk muka anda, perlahan-lahan urut dengan menggunakan skrub pisang tanpa gula tadi dan seeloknya elakkan kawasan mata. Kemudian, bilas dengan air suam.

Skrub garam rosemary + lemon
Sekiranya anda tidak menggunakanherba untuk memasak, mencampurkan herba tersebut yang berbau harum dengan lemon dan garam adalah rawatan yang paling 'superb' untuk kulit.

• 1/2 cawan garam laut
• 1/4 cawan minyak zaitun dara
• 2 sudu kulit lemon
• 1 sudu kecil rosemary kering
Campurkan kesemua bahan bersama-sama dan letakkan dalam balang bertutup rapat. Senang, bukan?

Skrub mandian bergula 
Skrub mandian ini juga sangat mudah untuk dibuat. Anda hanya perlukan bahan-bahan seperti berikut:

• Gula kasar
• Minyak zaitun
• 15-20 titis minyak kegemaran anda penting

Kuantiti gula kasar dan minyak zaitun boleh disukat mengikut kehendak anda. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati dan siap! Anda boleh gunakan skrub gula buatan sendiri anda ini untuk membuang lapisan kulit yang mati dan melembapkan lagi kulit anda.

Skrub tomato bergula
Skrub tomato bergula sangat baik untuk disapu pada kulit sebelum anda pergi ke pantai atau kolam renang, atau untuk hari-hari di mana anda terlupa membawa 'sunblock' dan kulit anda mula terbakar. Gosok skrub ini pada kulit adalah cara yang baik untuk menyejukkan kulit daripada bahang sinaran matahari. Anda hanya memerlukan bahan seperti berikut:

•2 cawan gula pasir
•1 tomato besar dicincang
•¾ cawan minyak kelapa
•5-20 titis minyak pati

Letakkan gula di dalam mangkuk dan ketepikan dahulu. Sementara itu, potong tomato halus-halus sehingga hampir lumat. Letakkan tomato tersebut ke dalam mangkuk yang ada gula tadi dan kacau perlahan-lahan sambil tuang minyak kelapa secara perlahan ke dalam mangkuk dan kacau. Kemudian, titiskan minyak pati dan kacau perlahan. Seterusnya, simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti sejuk. Pasti menyegarkan!

Skrub kelapa + gula perang + vanila
Minyak kelapa sangat halus dan wangi serta mempunyai banyak manfaatnya. Skrub ini sangat melembapkan, malahan anda juga boleh jadikannya sebagai pencuci mulut. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:

• 1/2 cawan minyak kelapa
• 1/2 cawan gula perang
• 1/2 sudu teh vanilla

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas bersama-sama. Kemudian anda boleh sapukan pada kulit semasa mandi. Urut dan bilas.

Skrub bergula untuk bibir
Terdapat juga skrub untuk bibir yang mana boleh menjadikannya lebih lembut dan kelihatan lebih mungil. Hanya campurkan sedikit minyak jojoba atau zaitun dengan gula kastor bersama sedikit pudina atau ekstrak vanila. Kemudian, letakkan letakkan pada bibir dan urut. Tidak perlu membilas bibir anda kerana anda boleh menjilatnya. Rasanya enak, bukan?

Skrub garam lavender
•1/2 cawan garam kasar laut
•1/3 cawan minyak badam/kelapa/zaitun
•1 sudu lavender kering

Anda hanya perlu campurkan kesemua bahan di atas dengan sebati dan siap! Skrub garam lavender ini sangat wangi dan apabila disapu pada kulit, ia akan menanggalkan sel-sel dan menjadikannya lebih berseri. Tambahan lagi, anda juga boleh memberikan skrub ini kepada seseorang sebagai hadiah.

Skrub garam sitrus
Skrub ini akan membuatkan anda jadi lebih hebat selepas mandi pagi atau selepas sukan.

• 1/2 cawan garam laut
• 1/2 cawan minyak pilihan anda (jojoba, badam, zaitun @ apa sahaja)
• 1 sudu teh kulit limau (limau , lemon, oren, limau gedang)
Campurkan kesemua di atas dan gosokkan pada kulit semasa mandi. Seeloknya, anda haruslah elakkan mata dan kemudian, bilas.

Friday, 25 October 2013

Susu untuk rawatan tumit pecah

Mempunyai kulit yang halus dan mulus pada bahagian atas tubuh sahaja tidak mencukupi bagi seorang perempuan bukan? Sudah semestinya anda mahukan kulit yang halus dan licin dari kepala hingga ke hujung kaki.

Namun, masalah kulit kaki kasar dan tumit pecah menyebabkan sesetengah golongan wanita berasa malu untuk menyarungkan sandal yang bukan tertutup. adakah kaki anda begini?? oh no!!



Di sini, kami akan kongsikan satu tip untuk mendapatkan kulit kaki yang halus dan lembut hanya dengan menggunakan susu.




Secara berkala, gosok kulit kaki untuk sesi pengelupasan. Anda boleh menggunakan batu apung atau skrub untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Selain itu, bersihkan bahagian dalam kuku supaya tidak ada kotoran yang akan melekat ketika kaki direndam.

Kemudian, panaskan susu dengan api yang sederhana supaya ia cukup hangat untuk digunakan merendam kaki anda. Proses ini akan mengambil masa kira-kira 30 minit. Selepas selesai, bilas kaki dengan air suam dan gunakan pelembab kaki.

Terapi melembutkan kaki menggunakan susu ini bagus dilakukan sebelum tidur kerana ia akan meregenerasikan kulit sepanjang malam dan anda akan menyaksikan hasilnya pada keesokkan hari. Kaki anda akan kelihatan halus dan lebih lembut berbanding biasa.

Susu mampu membantu melembabkan kulit dan mengatasi tekstur kulit yang kasar. Jadi, rajin-rajinlah amalkan tip ini sekurang-kurangnya seminggu sekali. Sekadar tip tambahan, pakailah sandal lembut semasa di rumah dan di luar untuk menjaga kaki anda. Selamat mencuba!

Thursday, 24 October 2013

Rahsia Kecantikan Wanita Korea

Seperti yang diketahui umum, kebanyakan wanita Korea sangat terkenal dengan kulit mereka yang sempurna dan licin. Mereka menghabiskan banyak masa dan wang dalam bab-bab penjagaan kulit mereka malahan mereka juga dikenali sebagai golongan yang amat peka dalam hal berkaitan penjagaan kulit.



Sudah semestinya wanita seluruh dunia iri hati terhadap kecantikan wanita di Korea Selatan kerana penampilan dan kulit mereka. Malah, apabila salah seorang pelakon Korea, Go Hyun Jung menerbitkan buku tentang rahsia kecantikan beliau bertajuk 'Tekstur Go Hyun Jung', ia merupakan 'best seller' dan semua salinan habis dijual hanya dalam masa dua hari selepas pelancarannya pada tahun 2011.

Walaupun negara tersebut turut dikenali dengan rata-rata penduduknya yang sanggup melakukan pembedahan plastik, namun tidak semuanya begitu. Terdapat juga wanita Korea yang menolak pembedahan plastik sebaliknya mereka hanya mengamalkan tip-tip seperti berikut.

Penghidratan yang mencukupi
Masyarakat Korea percaya bahawa banyak minum air membantu untuk memperlihatkan kulit mereka bersinar, maka mereka akan memulakan hari mereka dengan meminum secawan air & percikkan air sejuk pada muka mereka selama beberapa minit. Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan benda yang paling penting dalam makanan mereka, jadi mereka ambil makanan dengan kurang natrium untuk mengekalkan penghidratan dalam badan mereka.

Mencuci, 'toning' dan melembap yang kerap
Mereka mempunyai cara yang unik untuk menggunakan produk penjagaan kulit kerana mereka percaya ia akan menghasilkan keputusan yang lebih baik.



Mencuci: pelakon Korea Selatan, Bae Suzy pernah mempromosikan teknik '424', di mana anda perlu membersihkan muka anda dengan minyak (kelapa, badam atau apa-apa minyak pembersihan) selama 4 minit, kemudian diikuti dengan pembersih berbuih selama 2 minit dan seterusnya bilas muka anda selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan akhiri dengan air sejuk untuk menutup semua liang dibuka.

'Toning': Mereka lebih suka memanfaatkan toner dengan menggunakan hujung jari untuk penyerapan yang lebih baik.

Pelembapan: Dengan menggosok kedua tangan bersama, kemudian letakkan ke seluruh muka dengan cara yang 'T'.

Pek atau topeng muka
Pek atau topeng muka di Korea diperbuat daripada bahan-bahan yang telah dicuba & diuji sejak keturunan nenek moyang mereka. Rutin menggunakan dua topeng iaitu topeng pembersihan dan topeng penyegaran pada masa yang sama sekali seminggu membantu mengurangkan bengkak pada muka. Di samping itu, penggunaan topeng yang terdiri daripada serbuk kepompong ulat sutera dipanggil 'baekgangjam' bantu dalam memutihkan kulit. Jika tidak mahu membazir duit membeli pek yang telah siap, mereka juga membuat topeng buatan sendiri daripada putih telur dan campuran madu.

Penjagaan leher
Pelakon Go Hyun Jung memakai krim pada leher dari rahang sehingga ke leher paras kolar seperti yang dinyatakan olehnya dalam buku untuk menjadikannya lebih efektif.

Tidur cukup untuk tampil cantik
Mereka kebanyakannya mengamalkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 atau 8 jam kerana masa tidur penting untuk kulit yang sihat.

Produk penjagaan kulit
Jenama Asia semakin popular hari ini di seluruh dunia kerana ciri-ciri yang baik dan keberkesanannya. Sesetengah wanita di Korea Selatan menggunakan kira-kira 10-20 produk setiap hari untuk penjagaan kulit mereka.

Senaman regangan muka
Ini adalah amalan biasa di kalangan para pelakon Korea Selatan, di mana mereka akan mengulangi 'Ma Me Mi Mo Mu' sebanyak 10 kali untuk penjagaan otot bibir & pipi. Di samping itu, regangan otot muka selaras dengan pernafasan juga disyorkan.

Solekan yang halus dan tidak ketara
• Mata hanya diminimum dengan corak warna yang lembut atas kelopak mata, serta gunakan 'eyeliner'.
• Gunakan maskara untuk bulu mata yang lebih hitam.
• Bulu kening tersusun rapi dengan gel kening.
• Pemerah pipi berwarna merah jambu untuk menaikkan seri pipi.
• Warna asli untuk bibir yang menggoda.

Ingat, rahsia kecantikan wanita di Korea Selatan yang paling penting ialah kurang solekan dan lebihkan penjagaan kulit.

5 makanan yang boleh mengurangkan risiki kanser payudara

hI semua...
Seperti yang kita sedia maklum, kanser payudara merupakan pembunuh nombor satu wanita di Malaysia. Pakar percaya gaya hidup yang berbeza dan tabiat makan tidak sihat merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada pembiakan sel kanser payudara terutama bagi wanita yang sudah menopaus.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda mula mengamalkan tabiat makan yang sihat bermula sekarang untuk mengurangkan risiko kanser payudara. Sempena dengan bulan mencegah kanser payudara, dibawah merupakan beberapa jenis makanan yang dapat membantu mengurangkan risiko kanser ini.

Buahan dan sayur sayuran
Buah buahan merah (lobak, tomato) oren dan sayur – sayuran yang kaya dengan karotenoid boleh mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 20 peratus. Karatenoid boleh didapati dalam tomato dan lobak merah.

Ikan & kacang
Menurut British Medical Journal, Asid lemak Omega 3 yang ditemui dalam ikan dapat meningkatkan sistem imunisasi seseorang dan juga melancarkan peredaran darah. Ia dapat mengurangkan risiko sebanyak 14 peratus . Asid lemak ini juga boleh ditemui dalam kacang seperti mentega kacang .

Buah beri
Strawberi dan rasberi mengandungi kandungan asid elagik yang tinggi. Asid elagik bukan sahaja membantu mengurangkan risiko mendapat kanser payudara, tetapi juga kanser kulit, pundi kencing dan paru – paru bermasalah.

Makanan yang mempunyai vitamin D
Vitamin D boleh didapati daripada kacang soya, badam atau susu. Makanan ini mempunyai kandungan Vitamin D yang tinggi.

Bijirin
Bijirin kaya dengan serat. Penyelidikan membuktikan bahawa dengan mengambil 10 gram bijirini sehari dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 7 peratus.

okla u olls.. sayangilah dada antara..

sumber : YAHOO!

Thursday, 10 October 2013

vitamin E Untuk Tubuh

FUNGSI

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. 

Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

 Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. 

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer

Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

SUMBER
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut:



minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung,  telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. 

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :
  • Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
  • Penuaan kulit sebelum masa.
  • Rambut gugur
  • Anemia.


ada juga info yang mengatakan pengambilan vit e yang berlebihan juga tidak elok..kepada yang gemar mngambil vit melalui suplement, kadar yang disarankan adalah 400 i.u sehari

Wednesday, 9 October 2013

Petua Kecantikan - Asam Jawa

Hi olls.. ari ni nk cite pasal asam jawa.. selain dari untuk menyedapkan makanan, asam jawa gak berguna untuk kulit kita tau.. 

ok..jom review sikit kat sini


cakk.. xkn x kenal kn.. ni la asam jawa.. hehehee.. 

a) PETUA UNTUK HILANGKAN GATAL GIGITAN NYAMUK

ambil sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan sedikit perahan asam jawa..
kemudian sapu ditempat yang digigit nyamuk tu..
 insyaallah, gatal dan bengkak akan hilang.. 
cubalah...

b)ASAM JAWA UNTUK LICINKAN KULIT

maybe ramai yang dah tau kot..
tapi kalau ada yang xtau, boleh la baca.. ;)
caranya .. ambil asam jawa, bancuh dengan sedikit air suam..
kemudian sapu di bahagian muka..
tunggu sampai kering atau 30 minit.. kemudian bilas..
hasilnya amat menakjubkan..saya dh cuba.. mmg akan nmpk cerah..dan licin
tapi masa mula2 tu mmg akan rasa gatal n merenyam sikit la..
sebab asam kan.. tu normal.. jgn la garu..
ok.. ni saja.. 

PEACE ..//